Hokaloh News Updated: Kerajaan tidak terlibat pembekaun akaun TAFF - Berita Terkini
https://hokaloh.news/berita-semasa/kerajaan-tidak-terlibat-pembekaun-akaun-taff-berita-terkini/

TAWAU 1 Julai – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menafikan penglibatan kerajaan dalam isu pembekuan akaun bank Yayasan Kesuburan Tunku Azizah (TAFF) oleh pihak berkuasa.
Timbalan Perdana Menteri berkata, siasatan pihaknya mendapati pembekuan tersebut berpunca daripada masalah dalaman bank itu sendiri.
“Saya telah mengarahkan pegawai saya mencari kenapa dan saya diberitahu bahawa ini adalah masalah dalaman antara sesiapa yang terlibat dengan bank itu sendiri.
“Kami tidak terlibat dan saya kira ini boleh diselesaikan dengan cara terbaik,” katanya kepada pemberita dalam Majlis Himpunan Merdeka Rakyat dan Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Tawau di Kompleks Sukan Tawau, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Ketua Menteri, Christina Liew; Pembantu Menteri Kewangan negeri, Sharifuddin Hata; Pembantu Menteri Luar Bandar negeri, Datuk Abdul Muis Picho; Ahli Parlimen Balung, Datuk Osman Jamal dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat.
Semalam, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kecewa apabila akaun bank TAFF yang diasaskannya sejak 2004 dibekukan tanpa diberikan sebarang pemberitahuan dan sebab munasabah.
Perkara itu dinyatakan menerusi akaun twitter rasmi baginda, Cheminahsayang apabila menyedari akaun HSBC yayasan berkenaan dibekukan selepas cek dikeluarkan dikembalikan. – UTUSAN ONLINE
#BeritaSemasa #Ahli #Aidilfitri #Akaun #Bandar #Hari #Jamal #Julai #Kerajaan #Luar #Masalah #Parlimen #Pegawai #Rakyat #Rumah #Terbaik #WanAzizah
Comments
Post a Comment