Hokaloh News Updated: ‘Beg tiruan’ turut dirampas dari Najib-Rosmah, kata polis - Berita Terkini

https://hokaloh.news/politik/beg-tiruan-turut-dirampas-dari-najib-rosmah-kata-polis-berita-terkini/



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Amar Singh Ishar Singh berkata beg tiruan berkualiti tinggi itu mahal harganya walaupun bukan barangan asli. – Foto The Malay Mail/Mukhriz Hazim


Terdapat beberapa beg tangan tiruan yang dirampas dalam siasatan yang sedang dijalankan ke atas Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor, kata polis hari ini lapor The Malaysian Insight. 


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Amar Singh Ishar Singh pada sidang media di Ibu Pejabat CCID di Jalan Semarak berkata beg tiruan berkualiti tinggi itu mahal harganya walaupun bukan barangan asli.


“Saya tak akan panggil tiruan. Ia barang yang sangat baik, sangat sedikit (jumlahnya), yang juga sangat mahal,” katanya yang mengundang ketawa pengamal media yang hadir.


Amar berkata sejumlah 567 beg tangan dirampas dari kediaman berkaitan Najib termasuklah di kediaman peribadi bekas perdana menteri itu di Jalan Langgak Duta dan unit kondominium mewah tempat tinggal anak lelaki dan perempuan mereka di Pavilion Residences serta sebuah lagi unit tidak berpenghuni di bangunan sama.


Beg itu adalah antara 37 jenama mewah termasuklah Hermes, Prada, Versace dan Chanel. Salah satunya adalah daripada jenama Bijan, jenama eksklusif yang ditempah khas dan tidak dijual secara terbuka.


Hanya beg jenama Hermes setakat ini yang dinilai mencecah RM51.3 juta untuk 272 buah beg.


Amar berkata polis mengambil masa lapan hari untuk menilai dan mengesahkan keaslian beg.


Ada antara beg yang dirampas, kata Amar lagi dinilai pada harga RM1.6 juta.


Keseluruhannya, jumlah nilai beg, wang tunai, barangan kemas, jam tangan dan cermin mata hitam berjenama antara RM900 juta dan RM1.1 bilion, katanya.


Nilai 12,000 barangan kemas yang dirampas dianggarkan berjumlah RM440 juta, tetapi ia hanya merujuk kepada jenis bahan digunakan dan masih tidak termasuk kos pertukangan, reka bentuk dan jualan.


Amar berkata polis akan menyoal Najib dan Rosmah serta mereka yang dikatakan memberikan semua itu sebagai hadiah.


Polis membuka semula siasatan ke atas skandal kewangan antarabangsa 1MDB selepas kerajaan Pakatan Harapan mentadbir Putrajaya dan serbuan ke atas kediaman dikaitkan dengan Najib dilakukan seminggu selepas kerajaan dibentuk.


KLIK BACA: Rosmah pakai beg jenama BIJAN buatan Iran bukan ‘NAJIB’


KLIK BACA: Jangan tangan paling mahal dirampas Rolex Daytona RM3.5 juta


TERKINI: Rosmah lebih tahu punca sebenar 1MDB, dijangka dituduh – lapor WSJ


KLIK BACA: Tun M enggan jumpa Wahid Omar pengerusi PNB dijangka letak jawatan


KLIK BACA: Ketua GLC, GLIC jangan buat muka sedih, sila letak jawatan – Kadir Jasin


CLICK READ: Kadir Jasin: Multiple charges against Najib possible


KLIK BACA: Zahid – Umno akan rampas Putrajaya, PH akan tumbang!


KLIK BACA: Shahrizat sedar diri bersara politik hanya selepas Umno hilang kuasa rupanya…


The post ‘Beg tiruan’ turut dirampas dari Najib-Rosmah, kata polis appeared first on Malaysia Stylo.



قالب وردپرس



#Politik #Beg #Najib #Rosmah #Tiruan

Comments