Hokaloh News Updated: Masuk 9 hari, penyelamat Australia, AS, Britain, China bantu cari 12 remaja terperangkap dalam gua - Hokaloh Berita
https://hokaloh.news/luar-negara/masuk-9-hari-penyelamat-australia-as-britain-china-bantu-cari-12-remaja-terperangkap-dalam-gua-hokaloh-berita/

BANGKOK: Polis Pusat Australia bergabung dengan 32 tentera Amerika Syarikat serta pakar penyelamat China dan Angkatan Laut Thailand sendiri berusaha mencari dan menyelamat 12 remaja pemain bola sepak bersama jurulatih mereka yang masih terperangkap di dalam gua di Thailand.
Turut bersama dalam operasi masuk hari kesembilan itu ialah tiga penyelamat dan seorang pakar gua Britain serta pasukan penyelamat Myanmar dan Laos.
Kesemua kekuatan 1,000 anggota berkenaan melakukan pencarian mereka yang masih hilang, di Gua Tham Luang Nang Non, Thailand Utara sejak 23 Jun lalu.
Angkatan Laut Thailand dalam kemas kini akaun Facebook hari ini, Isnin, berkata pasukan penyelamat membawa tali dan oksigen tambahan untuk mencapai terowong menuju tengah gua yang menjadi kawasan disyaki kumpulan berkenaan berada.
Remaja hilang terbabit berusia 11-16 tahun bersama jurulatih berusia 25 tahun memasuki gua terbabit selepas tamat latihan bola sepak.
Ketika ini, hujan lebat yang menyumbang kepada kejadian banjir dan air deras menyebabkan muka gua dan jalan utama ke gua tersebut sukar dimasuki.
Penyelamat cuba mengepam air di gua tersebut tetapi air yang deras menyukarkan keadaan.
Manakala, alternatif lain dengan mengesan jalan masuk dari atas gua juga dicari. –Sarawakvoice

(function(d, s, id)
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.9&appId=1529110920716037”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));
#LuarNegara #Air #Akaun #Amerika #Bola #China #Hari #Kemas #Muka #Pemain #Polis #Tentera #Utama
Comments
Post a Comment