Hokaloh News Updated: Walimatulurus Perdana 2018 terjemahan manifesto kerajaan Pas - Berita Terkini

https://hokaloh.news/politik/walimatulurus-perdana-2018-terjemahan-manifesto-kerajaan-pas-berita-terkini/




KUALA TERENGGANU 30 Ju – Tradisi Walimatulurus Perdana sejak 2016, suatu program meraikan perkahwinan pasangan muda beramai-ramai secara percuma yang diteruskan oleh kerajaan Pas kemungkinan akan diperluaskan kepada kalangan bukan Islam.




Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sekiranya ada permintaan dan bilangan permohonan yang munasabah oleh anak negeri, kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) bersedia untuk melaksanakannya dengan menyalurkan pembiayaan.


Katanya, selain menjayanya hari ini, satu lagi sesi program yang terkandung dengan manifesto yang dibawa Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan diadakan pada November depan melibatkan kesemua 32 kawasan Dewan Undangan negeri.


“Ini boleh menjadi satu inisatif yang baik bahawa kita mengambil kira kepentingan semua rakyat negeri ini bagi mengurangkan bebanan mereka yang kurang berkemampuan meraikan detik bersejarah dalam kehidupan,” katanya.


Beliau menyatakan demikian selepas meraikan 81 pengantin dalam Walimatulurus Perdana 2018 bagi Parlimen Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini hari ini.


Dalam majlis berkenaan, Dr.Ahmad Samsuri turut menyampaikan kad nikah, Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (SSP-BSN) bernilai RM1,000 dan sijil penyertaan kepada pasangan pengantin.


Yang hadir sama, isterinya, Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman dan Pengarah YPKT, Mohd. Shafaruddin Mustaffa.


Majlis yang berlangsung kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu merupakan siri kedua bagi tahun ini dan diadakan secara serentak membabitkan keseluruhan 183 pasangan termasuk 19 pasangan dari Hulu Terengganu manakala Dungun (30 pasangan), Kemaman (26 pasangan), Setiu (12 pasangan) dan Besut (15 pasangan).


Program Walimatulurus Perdana 2018 itu antara lain bagi membantu memudahkan pasangan di negeri ini mendirikan rumah tangga memandangkan bebanan kos meraikan perkahwinan yang semakin meningkat di samping dibimbing dalam pembentukan rumah tangga.


Menurut Ahmad Samsuri, pada Mac lalu, seramai 111 pasangan telah diraikan dan majlis terakhir pada tahun ini dijangka diadakan pada November depan dengan jangkaan lebih ramai penyertaan.


Sementara itu, pasangan pengantin, Mohamad Safwan Jusoh, 22, dan Che Nurul Aini Mariana Lahami, 19, bersyukur majlis  berjalan lancar dalam suasana penuh meriah yang tentunya menjadi suatu kenangan terindah buat mereka.


Che Nurul Aini Mariana berkata, dia dan suami yang bekerja di sebuah kilang mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas dua tahun berkenalan, dan dengan ada program ini memudahkan mereka meraikan perkahwinan tanpa terbeban dari segi kewangan malah turut mendapat bimbingan. – UTUSAN ONLINE




قالب وردپرس



#Politik #Anak #Hari #Kerajaan #Nikah #Parlimen #Pas #Pilihan #Rakyat #Raya #Rumah

Comments