Hokaloh News Updated: Tragedi Gua: Thai anugerah tiket pesawat percuma, kekebalan diplomatik buat penyelamat - Hokaloh Berita

https://hokaloh.news/luar-negara/tragedi-gua-thai-anugerah-tiket-pesawat-percuma-kekebalan-diplomatik-buat-penyelamat-hokaloh-berita/











BANGKOK: Kerajaan Thailand menganugerahkan tiket pesawat percuma seumur hidup ke destinasi Thailand kepada dua penyelam Britain, John Volanthen dan Jason Mallinson.


Mereka antara puluhan penyelam yang terlibat menyelamatkan 12 remaja termasuk jurulatih bola sepak Wild Boars, Thailand dari terperangkap 17 hari di Gua Tham Luang.


Menteri Pelancongan Wirasak Kowsoorad semasa menyerahkan penghargaan kepada Volanthen dan Mallinson berkata, Perdana Menteri Thailand menghargai usaha mereka.


“Terima kasih atas bantuan anda. Ini bantuan yang luar biasa dan kami berterima kasih. Anda kami sambut dengan tangan terbuka, bila-bila saja. Anda mempunyai banyak sahabat di negara kami,” kata Wirasak.


Volanthen dan Mallinson ialah dua penyelam pertama yang menemukan para remaja terbabit sejauh sekitar empat kilometer di perut gua.






Merekalah yang mempunyai suara dalam rakaman video yang bertanya: “Berapa jumlah kamu?” kemudian dijawab remaja terbabit yang sudah hilang sembilan hari: “Tiga belas.”


Seluruh dunia berasa lega mendengar jawapan tersebut ketika misi mencari dan menyelamat penuh dramatik disiarkan di semua media khususnya media sosial.


Manakala, Thailand turut menganugerahkan kekebalan diplomatik kepada tiga warga Australia terlibat misi menyelamat 13 mangsa terbabit


Menteri Luar Thailand Don Pramudwinai pada Isnin berkata, kekebalan diplomatik diberikan kepada Doktor Richard Harris dan dua pembantu perubatan Australia.


“Doktor Richard Harris melakukan usaha terbaik dalam misi perubatan yang menjadi tanggungjawabnya,” kata Pramudwinai kepada Reuters.


“Kerajaan Thailand mengucapkan terima kasih kepada Dr. Harris,” tambahnya.


Harris, pakar anestesi memasuki Gua Tham Luang untuk menilai kesihatan mangsa dan merupakan salah seorang penyelamat terakhir yang keluar dari gua.


Misi tersebut turut diwarnai kedukaan bagi Harris kerana sebaik sahaja operasi selesai, ayah beliau meninggal dunia di Australia. –Sarawakvoice




(function(d, s, id)

var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];

if (d.getElementById(id)) return;

js = d.createElement(s); js.id = id;

js.src = “http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.9&appId=1529110920716037”;

fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);

(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));



قالب وردپرس



#LuarNegara #Ayah #Bola #Dunia #Hari #Jumlah #Kerajaan #Kesihatan #Luar #Menteri #Negara #Perubatan #Pesawat #Rakaman #Selamat #Terbaik #Video #Warga

Comments