Hokaloh News Updated: Zahid: Tabung Harapan tindakan populis - Hokaloh Berita

https://hokaloh.news/politik/zahid-tabung-harapan-tindakan-populis-hokaloh-berita/











KUALA LUMPUR: Tabung Harapan Malaysia (THM) yang dilancarkan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada 30 Mei lalu disifatkan sebagai tindakan populis.


Ketua Pembangkang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan tidak sepatutnya membebankan rakyat untuk menderma bagi menyelesaikan hutang negara.


“Kadang-kadang untuk jadi kerajaan yang populis, maka mereka minta dana daripada rakyat. Sedangkan rakyat terbeban dengan pelbagai cukai,” kata Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.


“Ini langkah populis. Saya fikir rakyat perlu tolak,” tegas bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Tabung berkenaan dilancarkan sebagai usaha kerajaan mengurangkan hutang negara yang didakwa mencecah RM1 trilion.


THM setakat ini berjaya mengumpul sumbangan sebanyak sekitar RM154 juta. –Sarawakvoice








(function(d, s, id)

var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];

if (d.getElementById(id)) return;

js = d.createElement(s); js.id = id;

js.src = “http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.9&appId=1529110920716037”;

fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);

(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));



قالب وردپرس



#Politik #Ahli #AhmadZahid #Dewan #Harapan #Hari #Hutang #Juta #Kerajaan #Langkah #Malaysia #Menteri #Negara #Parlimen #Pembangkang #Rakyat #Tabung

Comments