Hokaloh News Updated: Apabila menteri kutip sampah pun kena kritik - Hokaloh Berita

https://hokaloh.news/politik/apabila-menteri-kutip-sampah-pun-kena-kritik-hokaloh-berita/











Buat baik pun susah, buat jahat apa lagi.


Tunjuk contoh yang baik, pun kena kutuk dan kritik. Itulah yang berlaku terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menjadi bualan selepas mengutip sampah di stadium,kelmarin.


Rakyat Malayssia ini aneh. Apa-apa sahaja mereka kritik walau kritikan itu tidak masuk akal. Yang penting mereka kritik.


Ada-ada saja yang tidak kena walau jelas akan kebaikan yang dilakukan olehg seseorang.
Malam semalam, Syed Saddiq, 25, membuat kejutan.


Selepas tamat perlawanan akhir Piala FA antara Selangor dengan Pahang di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur beliau mengutip sampah yang ditinggalkan oleh para penyokong di tempat duduk.


Foto : Facebook



Tindakan itu dirakam dan mula tular di media sosial seperti Facebook dan Twitter.


Melalui laman Twitter, Syed Saddiq menjawab dakwaan beliau berlakon berlebihan demi menarik perhatian rakyat.


Kejadian mengutip sampah di stadium pernah menarik perhatian apabila para penyokong Jepun mengutip sampah selepas perlawanan Piala Dunia baru-baru ini.


Sepatutnya, tindakan mengutip sampah dipuji, sesiapa pun yang melakukannya, lebih-lebih lagi jika menteri yang melakukannya.


Yang sepatutnya berasa malu ialah mereka yang membuang sampah.
Mereka tidak ada nilai positif.


Yang turut berasa malu ialah mereka yang mengkritik tindakan Syed Saddiq itu.


Bagi mereka yang membuang sampah, mereka mungkin tidak berasa apa-apa.


Seperti menteri berkenaan, saya juga cepat marah dan kecewa dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab dengan membuang sampah sesuka hati, termasuk ketika memandu.


Mereka buang botol, sampah dan sebagainya di atas jalan raya dan lebih raya. Seolah-olah ia tong sampah.


Saya faham mengapa Syed Saddiq mengutip sampah berkenaan.


Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memuji tindakan beliau.
Malah, beliau sempat menasihati Ahli Parlimen Muar itu agar tidak mempedulikan cacian yang diterima.


Katanya, situasi sama pernah dialaminya dahulu malah dituduh mencari publisiti murahan.


“Tahniah Syed Saddiq tunjuk contoh yang baik. Jangan peduli cacian. Teruskan tunjuk sikap yang baik dan boleh dicontohi untuk negara yang bersih,” katanya di laman Twitter.


“Dulu saya kutip sampah di Perak, ada pemimpin parti maki dan kutuk saya kononnya mencari publisiti murahan,” tulisnya.


Syed Saddiq berkata, beliau pantang kalau nampak orang buang sampah merata-rata.


“Bagi mereka yang mengenali saya, ini bukan ‘one-off’.
Sudah tentu ini bukan sahaja ‘one-off’, tetapi bukan juga bertujuan sebagai ‘show off’.


Bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.


Mereka yang begitu benci terhadap sampah dan golongan yang membuang sampah pasti tidak bertujuan untuk berbuat demikian.


“Kalau kawan buang puntung rokok pun saya pergi kutip.Biar dia malu dan tak akan buat lagi.


Daripada fikir negatif, kenapa tidak kita mula buat benda yang sama,” kata menteri itu lagi.


Jadi, Syed Saddiq, jangan pedulikan dengan kritikan dan sindiran itu semua.


Mereka yang mengkritik dan memperli itu harus berasa malu sendiri.


Ada apa sebenarnya dengan sebahagian rakyat Malaysia ini?


Mungkin mereka lebih suka melihat orang membuang sampah sesuka hati, tidak bersihkan tandas selepas dipakai, dan melakukan tindakan lain yang menjengkelkan.


Tidak hairanlah, tandas di negara ini tidak bersih dan rakyat kita masih dianggap sebagai tidak mementingkan kebersihan.


Selagi ada golongan yang hanya pandai mengkritik, dan menganggap mereka saja yang betul dan bijak, maka selagi itulah, sampah dibuang di merata-rata tempat, dan orang yang buat betul pun dikritik. –Sarawakvoice




(function(d, s, id)

var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];

if (d.getElementById(id)) return;

js = d.createElement(s); js.id = id;

js.src = “http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.9&appId=1529110920716037”;

fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);

(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));



قالب وردپرس



#Politik #Ahli #Dunia #Individu #Malaysia #Menteri #Negara #Nilai #Parlimen #Parti #Pemimpin #Perak #Rakyat #Raya #Sampah #Selangor

Comments