Hokaloh News Updated: Sinopsis Penuh Drama Jangan Benci Cintaku Slot Akasia TV3 - Hokaloh Berita

https://hokaloh.news/hiburan/sinopsis-penuh-drama-jangan-benci-cintaku-slot-akasia-tv3-hokaloh-berita/




Slot Akasia TV3 kembali lagi dengan drama baru menggantikan drama Halalkan Hati Yang Ku Curi. Drama baru di yang bertajuk Jangan Benci Cintaku mula bersiaran di TV3 pada 29 Jun 2018. Bersiaran setiap isnin hingga jumaat jam 7.00 malam hanya di Slot Akasia TV3. Drama ini adalah sebuah drama adaptasi daripada Novel Jangan Benci Cintaku karya Emy Roberto.


Antara pelakon terkenal yang membintangi drama ini adalah Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Niena Baharun, Luqman Hafidz, Izzue Islam, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Dilla Ahmad, Esma Dainal, Azizah Mahzan dan ramai lagi.


Drama ini mengisahkan kisah suka duka rumah tangga Rafeeqa(Fika) dan Shahrizal(Shah) yang diuji dengan orang ketiga yang mahu merampas kebahagiaan mereka berdua. Untuk mengetahui kesudahan kisah mereka ini anda boleh menonton drama ini di TV3 setiap isnin sehingga jumaat pada jam 7.00 malam.


Sinopsis Penuh Drama Jangan Benci Cintaku Slot Akasia TV3


Perkahwinan Rafeeqa(Fika) dan Shahrizal(Shah) adalah aturan keluarga ketika usia Rafeeqa masih muda. Dia yang tak bersedia dengan komitmen menganggap perkahwinan itu sebagai bebanan.


Lantas, Fika tidak teragak untuk melanjutkan pelajaran ke Sunderland tanpa menghiraukan perasaan suami yang mencintainya.


Lima tahun kemudian, Fika kembali ke Malaysia dan menyedari dia mula merindui suaminya dan bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri yang sepatutnya.


Namun, Shah sudah mempunyai kekasih hati iaitu Husna dan Fika berjanji pada diri akan merebut cinta suaminya semula.


Namun tidak semudah itu, dengan kemunculan Husna di antara dirinya dan Shah, Nek Pah yang tak pernah mengiktiraf kedudukannya sebagai cucu menantu dan juga Irwan yang tak habis-habis menempel untuk mendekatinya, semuanya menguji kesabaran.


 


Judul Drama : Jangan Benci Cintaku


Jumlah Episod : 28 episod


Tarikh Tayangan : 29 Jun 2018


Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, 7:00 malam


Siaran TV : Slot Akasia TV3


Penulis Skrip : Farhana Fauri


Pengarah : Pali Yahya


Penerbit : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd


Barisan Pelakon : Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Niena Baharun, Luqman Hafidz, Izzue Islam, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Dilla Ahmad, Esma Dainal, Azizah Mahzan, Azhar Amir, Catriona Brian Ross, Nada Nursyuhada, Laila Nasir, Zul Edward, Meor Mohd, Emelie Hanif, Elya, Farah, Ayu Azlina, Siti Ruwiyani, Ainin Batriya.


Watak Pelakon


Saharul Ridzwan sebagai Shahrizal Hayrat


Zahirah Macwilson sebagai Rafeeqa Huda


Niena Baharun sebagai Husna


Luqman Hafidz sebagai Faris


Izzue Islam sebagai Syazwi


Daler Yusuf sebagai Irwan


Amelia Henderson sebagai Damia


Esma Dainal sebagai Tuan Shariman


Dilla Ahmad sebagai Zaida


Azizah Mahzan sebagai Nek Pah



Catriona Brian Ross sebagai Puan Azlin


Zul Edward sebagai Uncle Jay


Laila Nasir sebagai Puan Julia


Emelie Hanif sebagai Nelly 


Meor Mohd sebagai Hazri


Lagu Tema/OST


Aizat Amdan – Sampai Ke Hari Tua



Misha Omar – Sampai Bila


Tonton Full Drama Jangan Benci Cintaku


Untuk menonton secara penuh(full) drama ini anda boleh menonton melalui laman web Tonton. KLIK SINI untuk tonton penuh drama ini. Bagi pengguna baru anda perlu mendaftar dahulu akaun anda dan jika anda telah mempunyai akaun di Tonton anda hanya perlu “login” sahaja akaun anda untuk tontonan.


Koleksi Gambar Pelakon Drama Jangan Benci Cintaku



Catriona Brian Ross

Catriona Brian Ross sebagai Puan Azlin



Daler Yusuf

Daler Yusuf sebagai Irwan



Izzue Islam

Izzue Islam sebagai Syazwi



Niena Baharun

Niena Baharun sebagai Husna




قالب وردپرس



#Hiburan #Akaun #Cinta #Hari #Islam #Jam #Jumlah #Keluarga #Malaysia #Pengguna #Rumah #Tanggungjawab

Comments