Hokaloh News Updated: Belgium kalahkan England, siapa juara Piala Dunia 2018 malam ini Perancis lwn Croasia - Hokaloh Berita
https://hokaloh.news/sukan/belgium-kalahkan-england-siapa-juara-piala-dunia-2018-malam-ini-perancis-lwn-croasia-hokaloh-berita/

MOSCOW: Pasukan Belgium menewaskan England pada siri perlawanan menentukan tempat ketiga dan keempat Piala Dunia 2018 di Stadium Saint Petersburg pada Sabtu.
Gol Belgium disumbangkan oleh Thomas Meunier pada minit keempat babak pertama.
Pada separuh masa kedua, Eden Hazard menambah gol untuk Belgium pada minit ke- 82.
Walaupun Belgium dan England bermain santai pada babak kedua perlawanan, namun England memiliki lebih banyak peluang untuk menjaringkan gol namun gagal.
Ini merupakan pencapaian terbaik Belgium setakat ini dalam sejarah Piala Dunia.

Sementara, kemuncak final Piala Dunia 2018 di Moscow malam ini, Ahad menyaksilkan Perancis lwn Croasia di Stadium Luzhniki.
Perancis dan Croasia, sama-sama tidak pernah kalah sepanjang beraksi pada Piala Dunia kali ini dengan Perancis memiliki catatan kemenangan lebih baik.
Walaupun bola itu bulat, namun di atas kertas kemenangan lebih memihak kepada Perancis
Perancis memasang tiga pemain handalan N’Golo Kante, Antoine Griezmann dan Kylian Mbappe menentang Croasia.
Sementara, pasukan Croasia dipimpin Nestor Pitana dengan memasang pemain handalan Luca Modric, Iva Perisic dan Ivan Racitic beraksi menentang Perancis.
Berikut ialah rekod lima pertandingan terakhir Perancis:
11 Julai: Perancis 1 – 0 Belgium
6 Julai: Perancis 2 – 0 Uruguay
30 Jun: Perancis 4 – 3 Argentina
26 Jun: Perancis 0 – 0 Denmark
21 Jun: Perancis 1 – 0 Peru
Dan berikut ialah rekod Lima pertandingan terakhir Croasia:
12 Julai: Croasia 2 – 1 England
8 Julai: Croasia 3 – 2 Rusia
2 Julai Croasia 2 – 1 Denmark
27 Jun: Croasia 2 – 1 Iceland
22 Jun: Croasia 3 – 0 Argentina
Berikut ialah rekod lama berdasarkan perlawanan Perancis pernah bertemu Croasia:
30 Mac 2011 Perancis 0 – 0 Croasia
18 Jun 2004 Croasia 2 – 2 Perancis
28 Mei 2000 Perancis 2 – 0 Croasia
13 November 1999 Perancis 3 – 0 Croasia
9 Julai 1998 Perancis 2- 1 Croasia
Pada siri pertemuan tersebut ternyata Perancis lebih unggul berbanding Croasia.
Bagaimanapun, berdasarkan prinsip “bola itu bulat” semuanya adalah serba mungkin. –Sarawakvoice
(function(d, s, id)
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.9&appId=1529110920716037”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));
#Sukan #Argentina #Belgium #Bola #Denmark #Dunia #England #Juara #Julai #Pemain #Santai #Sejarah #Terbaik
Comments
Post a Comment