Hokaloh News Updated: Ziana sah cerai, tiada dendam sudah lama maafkan Armin - Hokaloh Berita

https://hokaloh.news/hiburan/ziana-sah-cerai-tiada-dendam-sudah-lama-maafkan-armin-hokaloh-berita/




Ziana Zain sah bercerai talak satu dengan suaminya, Armin Zaharin Mohd Zambri di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, semalam. – Foto Faiz Anuar


Penyanyi terkenal, Ziana Zain akur kes tuntutan cerai yang berlarutan kira-kira tiga bulan, berakhir dengan baik.


Ziana yang sah bercerai talak satu, memberitahu tiada dendam dalam hatinya dan sudah lama memaafkan bekas suami, Armin Zahrin Ahmad Zambri, 53, atas apa yang berlaku sepanjang perkahwinan mereka.


“Saya tidak pandai simpan dendam… Saya bukan orang jenis begitu.


“Saya bersyukur semuanya selesai dengan tenang dan aman hari ini,” katanya kepada BHOnline ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.


Penyanyi Kemelut Di Muara Kasih, Ziana Zain dalam linangan airmata berkata beliau berharap segala urusan seterusnya dipermudahkan bagi pihak dirinya dan Armin.


“Syukur kepada Allah berkat kesabaran saya semuanya selesai dengan baik dan tenang.


“Sukar untuk saya tafsirkan air mata ini… Apa-apa pun, sama-sama doakan yang terbaik untuk hari mendatang,” katanya.


Mendirikan rumah tangga pada Mei 1998, Armin dan Ziana dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.


Pada 3 April lalu, Ziana memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam di sini, selepas Armin enggan melepaskannya secara baik.


KLIK BACA: Kak Ros disaman 60 juta tengok saja emas permata, sediakan cepat tabung kedua?


KLIK BACA: Selagi Jho Low belum ditangkap jangan berani serah kuasa kepada Umno-BN semula


KLIK BACA: Dana 1MDB skim PONZI untuk rasuah perkaya diri sendiri, kata Peguam Negara Switzerland


KLIK BACA: Saya bimbang Tommy pekena saya dalam apa juga cara – Najib 


KLIK BACA: “Pemimpin Umno pakai Bentley, rumah ada lif, tabung derma Najib tak perlu”


KLIK BACA: Zunar: Saya rindu Najib yang cuba penjarakan saya selama 43 tahun


KLIK BACA: Zeti nafi, Najib berani tunjuk slip bank kepada siapa RM2.6 bilion dipulangkan?



Now You Know Dont Say Thank – Comment & Share




قالب وردپرس



#Hiburan #1Mdb #Air #Dendam #Hari #JhoLow #Juta #Kuasa #Najib #Negara #Peguam #Pemimpin #Rumah #Tabung #Terbaik #Umno

Comments