Hokaloh News Updated: 9 fakta menarik berkaitan juara Perancis lwn Croasia 4-2, Piala Dunia 2018 - Hokaloh Berita
https://hokaloh.news/sukan/9-fakta-menarik-berkaitan-juara-perancis-lwn-croasia-4-2-piala-dunia-2018-hokaloh-berita/

SKOR 4-2 ke atas Croasia di Stadium Luzhniki, Moscow, Perancis muncul juara Piala Dunia 2018.
Berdasarkan fakta Opta yang dikutip CNN, berikut ialah sembilan hal menarik berkaitan Perancis dan Croasia yang beraksi pada final Piala Dunia 2018:
1. Perancis sama dengan Uruguay dan Argentina menjadi juara dua kali Piala Dunia. Menurut ekod: Brazil juara (5 kali), Jerman (4) dan Itali (4).
2. Croasia menjadi pasukan pertama sejak Belanda pada 1974 yang kalah 2-4 kepada Perancis di final kali pertama menyertai Piala Dunia.
3. Final Piala Dunia 2018 merakam 6 gol terkumpul sejak final 1966. Hanya final Piala Dunia 1958 yang memiliki gol terbanyak iaitu 7 gol terkumpul. Perancis menyumbat empat gol pada final Piala Dunia selepas Brazil pada 1970.

4. Didier Deschamps menjadi orang ketiga selepas Mario Zagallo dan Franz Beckenbauer yang berjaya merangkul Piala Dunia sebagai pemain dan pelatih sekali gus.
5. Mario Mandzukic menjadi pemain pertama menjaring gol sendiri pada final Piala Dunia. Mandzukic juga merupakan pemain kedua selepas Ernie Brandts yang mencetak gol ke gawang sendiri dan gol Piala Dunia semasa Belanda lwn. Itali pada Piala Dunia 1978.
6. Ivan Perisic menjadi pemain kedua yang menjaringkan gol pada final Piala Dunia selepas Marco Materazzi pada Piala Dunia 2006.
7. Paul Pogba mencetak gol ke-10 untuk pasukan Perancis dan yang pertama terbanyak pada Piala Dunia 2018. Pogba juga pemain pertama Manchester United yang menjaringkan gol pada final Piala Dunia.
8. Kylian Mbappe, 19, menjadi pemain remaja kedua yang mencetak gol pada final Piala Dunia setelah Pele pada 1958.
9. Keseluruhan jumlah jaringan gol pada Piala Dunia ialah 169 gol. Piala Dunia 1998 dan 2014 bagaimanapun memiliki jumlah gol terbanyak iaitu 171 gol. –Sarawakvoice
(function(d, s, id)
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.9&appId=1529110920716037”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));
#Sukan #Argentina #Brazil #Dunia #Jerman #Juara #Jumlah #Pemain
Comments
Post a Comment