Hokaloh News Updated: Zakir Naik setuju debat dengan Ramasamy “isu pengganas” di tempat terbuka, disiarkan TV - Hokaloh Berita

https://hokaloh.news/luar-negara/zakir-naik-setuju-debat-dengan-ramasamy-isu-pengganas-di-tempat-terbuka-disiarkan-tv-hokaloh-berita/











KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya berkicau di Twitternya memaklumkan pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik memberitahunya, beliau bersetuju berdebat dengan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Dap, Dr P Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang.


Menurut Fathul Bari, Zakir meletakkan beberapa syarat antaranya, debat tersebut mesti diadakan secara terbuka.


Fathul Bari mentuit, dengan izin Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad debat tersebut boleh diadakan di tempat awam seperti stadium dan disiarkan secara langsung di TV dengan setiap seorang diberi masa sejam berhujah serta 30 minit untuk soalan.


Sebelum ini, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan Zakir dan Ramasamy berdebat menentukan siapa pengganas sebenar selepas berlarutan isu cadangan aktivis India termasuk Ramasamy agar Zakir dihantar pulang ke India.


Ramasamy turut dilaporkan meletak syarat debat dengan Zakir agar pendakwah itu perlu pulang dahulu ke India bagi berdepan dakwaan dan membersihkan namanya.
Bagaimanapun, Maza turut mendesak Ramasamy menjawab dakwaan dikaitkan dengan kumpulan militan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE). –Sarawakvoice








(function(d, s, id)

var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];

if (d.getElementById(id)) return;

js = d.createElement(s); js.id = id;

js.src = “http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.9&appId=1529110920716037”;

fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);

(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));



قالب وردپرس



#LuarNegara #Ahli #Awam #Dap #Mahathir #Menteri #Pulang #Umno

Comments