Hokaloh News Updated: Resepi Pizza Kuali Terbaik!! - Berita Terkini

https://hokaloh.news/resepi-masakan/resepi-pizza-kuali-terbaik-berita-terkini/


Assalamualaikummmm…Hai selamat petang korang!!! Sape yang suka makan pizza homemade.. boleh try buat sendiri.. Pizza kuali 100% masak atas dapur.. tak perlu bakar.. korang yang berminat.. boleh follow resepi yang admin sharekan nie..













Gambar hiasan

 






Sumber : ‎Murni Rahmat‎



BAHAN-BAHAN:




Tepung gandum 6 cawan




Air 2 cawan



Mauripan separuh peket



Minyak masak 2 sudu



Gula 1 sudu



Secubit garam



*uli bahan di atas sekurang-kurangnya 5 minit ye.. Berpeluh-peluh la jugak..hihi



BAHAN TOPPING:


Sos pasta tradisional-jenama bebas.



Boleh letak macam-macam topping,



Hot dog/ayam/cendawan butang/nanas/tomato/cheese/seafood



CARANYA:




Tumis bawang, bila dah wangi.. masukkan bahan basah yang lain. perasakan dengan garam dan lada hitam – ketepikan.


CARA MEMBUATNYA:




1. Uli tepung sekurang-kurangnya 5 minit, bila dah x melekat kat tangan,tutup dengan tuala, rehatkan 1 jam.

*sukatan air perlukan 2 cawan, tapi 1cawan air tu, tuang mauripan dalam tu, masuk secubit gula.. lps 2-3 minit, dah muncul buih-buih, baru campur dan uli tepung jadi doh.




2. Selepas 1 jam, doh tadi dah naik 2x ganda. Tumbuk-tumbuk doh tu biar angin dia keluar.

3. Bahagi doh pada 5 bahagian atau lebih.


4. Bentukkan doh,bila dah elok bulat dan leper,letak atas kuali.

5. Masak api kecik je. 10-15 minit ikut ketebalan pizza yg anda buat. Tutup dgn tudung periuk.

6. Kalau suka kerak pizza tu rangup, boleh masak kedua-dua bahagian, kalau nak lembut macam roti, masak lapisan bawah je.


7. Ratakan sos pasta, bahan-bahan topping pizza,cheese dan biarkan atas api dalam 3-4 minit lagi untuk cairkan cheese.. Siap.. Makan panas-panas.. Nyum-nyum..



 



 



 



 




Hidang panas-panas… Fuhhh…merecikk… 😛


Selamat mencuba..

Jangan lupa share..





قالب وردپرس



#ResipiMasakan #Pizza #Resipi

Comments