Hokaloh News Updated: Pengalaman Kapten Pengembaraan Switzerland Alps : Bahagian IV - Hokaloh Berita

https://hokaloh.news/pelancongan/pengalaman-kapten-pengembaraan-switzerland-alps-bahagian-iv-hokaloh-berita/




 


Yooshh~~Coretan bahagian ke-4, pagi ini peserta masak ramai-ramai. Sedap betul! Macaroni, Wedges, ini lah antara keunikan Rarecation, makan bersama, sejuk okey! Nasihat saya, kalau tak nak cover lengan, malas nak pakai jaket, make sure cover tengkuk. Masuk hari ke-4 saya dah mula selsema. Tapi, biasalah, badan baru nak adapt cuaca baru. Ada 26 hari lagi di sini.
 


 


Kami terus menuju ke Pekan Lausanne, sebuah pekan yang cantik dan tenang. Wow ada BATA! Pekan di Switzerland amat susah bila kita berkonvoi. Trafic light hijau hanya bertahan 3 saat.nSangat sangat menguji kesabaran-lah! Sini saya sertakan sedikit gambar kenangan kami di sana.
 


 


 


 


Esplanade Lausanne, dekat Malaysia macam Istaba Budaya.


 


 


 


Laluan pekan Lausanne. Banyak juga barang-barang yang menarik
 


 


Kita makan makanan halal di Lausanne, gerai food truck Hummus & Friend, ada Hummus dan Falafel, makanan orang Palestin. Wow lazat.
 


Semua sibuk membeli sim kad untuk kegunaan di Swiss. Saya recommend penggunaan simkad SALT. Harga CHF 10.00 kita dapat kredit CHF20.00, dan setiap hari kredit kita akan ditolak CHF 2.00 selama 10 hari untuk Internet. Tapi ada kedai yang menjual dengan harga CHF 20.00, kedai yang boleh dapat harga CHF 10.00 hanya di pejabat Pos. Perjalanan kami diteruskan ke kota Bern. Kami mengambil kesempatan untuk menaiki trem ke atas bukit untuk menikmati sunset di Bern. Sungguh cantik! Kemudian kami ke Kota Bern menaiki bas elektrik. Pastikan untuk mendapatkan peta Kota Bern untuk kemudahan menaiki bas atau tren.


 


Trem Bukit


 


 


Bas Elektrik ke Bern


Berjalan-jalan di Kota Bern di tengah malam.


Keadaan Kota yang bersih dan cantik


Kebab! Kebab!


Kami berhenti di tengah jalan, pastikan keselamatan kita semua tau.


Abang Zul sangat gembira


Alamak, Alya tengok depan!


Abang Suhaizi


Sebelum balik, sempat Aniq dan Adam main telefon. Alhamdulillah, panjang juga perjalanan kita hari ni. Penginapan kami dome, satu bilik dua orang, dan tandas asing! Satu malam sahaja, don’t worry. Merasa-lah juga!


InsyaAllah saya akan sambung bahagian ke-5, perjalanan kami ke Zurich dan Interlaken esok. Semoga blog ini beri sedikit tips dan brief macam mana perjalanan kita ke Switzerland!


 


– Kapten Najmie


_________________________________________________________________________



Kembara Switzerland Alps!
16 Mac – 25 Mac ini


Pengembaraan Rare dan Ibrah


hubungi


013 249 5462 / 013 306 0320
 


 



 


 




قالب وردپرس



#Pelancongan #Bahagian #Barang #Hari #Malaysia #Palestin

Comments