Hokaloh News Updated: UiTM ‘kuliahkan’ Bujang Senang di laman sendiri - Hokaloh Berita
https://hokaloh.news/sukan/uitm-kuliahkan-bujang-senang-di-laman-sendiri-hokaloh-berita/

KUCHING: Pasukan Bujang Senang tersungkur di sarang sendiri ketika melayan kunjungan UiTM FC di Stadium Negeri petang tadi.
Hasrat Sarawak FA untuk meneruskan rentak kemenangan ibarat ‘hangat-hangat tahi ayam’ apabila terpaksa akur 0-2 di tangan pasukan berstatus kelab itu.
Sarawak hanya tampak gah pada awal babak pertama, dengan tuan rumah dilihat lebih banyak menguasai perlawanan.
Namun peluang itu gagal diterjemahkan kepada jaringan, malah sentuhan penyudah jentera serangannya nampak tumpul.
Derita Sarawak ditambah pula dengan kecemerlangan penjaga gol pelawat, Mohd Soffuan Tawil yang menafikan pelbagai cubaan bertali arus tuan rumah.

Ketika rehat babak pertama, perlawanan berakhir dengan keputusan tanpa jaringan.
Bersambung babak kedua saingan Liga Premier 2018 itu, UiTM mula mengatur rentak dan hasilnya, jaring Sarawak bergegar menerusi sentuhan pemain import, Sang Nim Noh pada minit ke-53.
Tersentak dengan jaringan itu, Sarawak cuba bangkit dan mencatur gerakan memburu gol.
Namun pelawat menambah garam pada luka Sarawak menerusi rembatan Mohd Zulkiffli Zakaria pada minit ke-90.
Gol kedua UiTM itu memadam hasrat Sarawak untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata.
Prestasi Sarawak FA dilihat semakin membimbangkan, malah tidak konsisten sehingga mengakibatkan kurangnya sokongan daripada kalangan peminat tempatan.
Skuad Ngap Sayot perlu melakukan sesuatu sekiranya mahu terus beraksi dalam divisyen utama Liga Malaysia.
Sarawak akan meneruskan kempen menentang Felda United pada 17 Julai di Stadium Negeri. –Sarawakvoice

(function(d, s, id)
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.9&appId=1529110920716037”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));
#Sukan #Ayam #Felda #Julai #Malaysia #Pemain #Rumah #Sarawak #Utama
Comments
Post a Comment