Hokaloh News Updated: Amanah Tjg Manis gesa KPM, JPNS, PPD dan sekolah, berjumpa selesaikan masalah elektrik - Hokaloh Berita

https://hokaloh.news/politik/amanah-tjg-manis-gesa-kpm-jpns-ppd-dan-sekolah-berjumpa-selesaikan-masalah-elektrik-hokaloh-berita/











KUCHING: Sekurang-kurangnya enam sekolah dalam Parlimen Tanjong Manis bergantung kepada enjin janakuasa atau genset.


Jumlah ini sebahagian daripada 371 sekolah yang dijangka terjejas disebabkan bakal terputus bekalan diesel akibat subkontraktor menarik diri daripada meneruskan penghantaran ke sekolah-sekolah.


Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) Tanjung Manis Mohamad Fadillah Sabali dalam kenyataan beliau kepada Sarawak Voice pada Isnin, mahu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta semua sekolah terlibat mengadakan perjumpaan mengambil langkah perlu mendapatkan penyelesaian terbaik buat semua pihak.


Amanah Tanjung Manis percaya tindakan segera diambil oleh pihak berkenaan dan berharap agar setiap tindakan tersebut dapat dilaksanakan sebaik mungkin demi memastikan kelangsungan proses pembelajaran dan persekolahan berjalan dengan selesa.


“Amanah berharap mana-mana syarikat yang dilantik pihak PPD membekalkan diesel menggunakan peluang ini untuk menunjukkan rasa kebertanggungjawaban dalam melaksanakan khidmat sosial demi masa depan murid-murid serta pelajar terbabit tanpa hanya mengejar keuntungan semata-mata,” ujar Fadillah.


Ketua Amanah Tanjung Manis, Fadillah Sabali



Beliau menambah, pada masa yang sama, pihak Amanah menyeru agar semua pihak terlibat sentiasa mengutamakan sikap amanah dan jujur dalam menunaikan setiap tugasan agar proses dilakukan tidak menimbulkan rantaian masalah yang pasti menyusahkan bukan hanya pihak sekolah, tetapi masyarakat sekitarnya.


Fadillah berkata, bagi sekolah besar seperti SMK Semop, bekalan diesel yang diperlukan pasti lebih banyak berbanding sekolah lain seperti SK Muara Payang, SK Bukit Kinyau, SK Bayang, SK Stalun, SK Sebako dan lain-lain.


Tambah Fadillah, “sekiranya mengambil kira setiap sekolah memerlukan satu tong diesel berkapasiti 200 liter sehari, maka keperluan untuk SMK Semop pasti lebih.”


Fadillah berharap peruntukan yang disediakan oleh pihak berwajib mencukupi untuk sekolah ini.


Bagi beliau, keprihatinan daripada masyarakat dalam membantu menyumbangkan bantuan yang sesuai juga mungkin dapat meringankan beban sekolah.


“Kami meminta agar pihak bertanggungjawab menyegerakan penyambungan elektrik ke sekolah-sekolah yang berhampiran dengan grid bekalan elektrik,” ujar Fadillah. –Sarawakvoice




(function(d, s, id)

var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];

if (d.getElementById(id)) return;

js = d.createElement(s); js.id = id;

js.src = “http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.9&appId=1529110920716037”;

fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);

(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));



قالب وردپرس



#Politik #Amanah #Jabatan #Jumlah #Kementerian #Langkah #Malaysia #Masalah #Negara #Parlimen #Parti #Pelajar #Pendidikan #Peruntukan #Sarawak #Sekolah #Terbaik

Comments