Hokaloh News Updated: Annuar: Umno bukan 1MDB atau RM2.6 bilion, tiada pemimpin terlalu besar mesti dipertahan hingga korbankan parti - Berita Terkini

https://hokaloh.news/politik/annuar-umno-bukan-1mdb-atau-rm2-6-bilion-tiada-pemimpin-terlalu-besar-mesti-dipertahan-hingga-korbankan-parti-berita-terkini/




Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN Tan Sri Annuar Musa mendakwa Umno tidak pernah terlibat dalam skandal 1MDB, tetapi isu itu hanya melibatkan Datuk Seri Najib Razak yang menjadi beban dan bencana kepada parti sehingga gagal meyakinkan rakyat walau apa pun penjelasan dibuat.


“Jadi kita (Umno) berada di luar, kita terpaksa terima penjelasan daripada kerajaan. Saya sebagai orang luar tak ada maklumat lain, sebab itu kita berikan kelebihan kepada kerajaan.


“Tetapi bila isu itu datang bertubi-tubi, sehingga ke hari ini kerajaan (BN) jatuh, perkara (isu 1MDB) masih samar dan belum ada penyelesaian. Ini dilema yang kita hadapi sebab ‘bagasi’ yang kita bawa terlalu besar,” katanya kepada portal Free Malaysia Today.


Annuar berkata Umno perlu berterus terang dan tidak boleh terus membawa beban isu 1MDB dan wang RM2.6 bilion dan ia perlu diserahkan sepenuhnya kepada undang-undang dan menerima hakikat tidak ada pemimpin yang terlalu besar yang mesti dipertahankan sehingga mengorbankan parti.


“Umno bukan 1MDB, bukan RM2.6 bilion. Umno perlu memandang ke hadapan dan bergerak sebagai wadah yang memperjuangkan kebajikan rakyat Malaysia dan kepentingan Bumiputera serta umat Islam di negara ini.


“Kita ada tugas besar dan perlu bergelumang dengan masalah itu. Bagi saya, kita nakkan kebenaran. Rakyat Malaysia berhak mendapat kebenaran, berhak mendapat kerajaan dan parti politik yang bersih, berintegriti dan boleh diyakini,” katanya kepada FMT.


Annuar juga memberitahu beliau pernah menghantar memorandum 3 muka surat kepada Najib 2 tahun yang lalu dan menyebut BN akan kalah pilihan raya umum yang menyebut masalah seperti 1MDB, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kos sara hidup.


KLIK BACA: Muhyiddin: RM1 bilion jangan tunggu lama bawa ke muka pengadilan hakimi dan hukum seberat-beratnya


KLIK BACA: Bagaimana jika sekali 2 Presiden Umno Najib dan Zahid baru dipilih didakwa kes 1MDB? 


DIKEMASKINI: Najib jawab rampasan RM1 bilion, dakwa pernah bagi orang Mahathir 10 juta


KLIK BACA: Rosmah, Imelda rampasan barang mewah sama, lapor akhbar Filipina


KLIK VIDEO: Barang kemas, siapa tuduh kau terimalah balasannya nanti, kata Rosmah


KLIK BACA: Shahrizat sedar diri bersara politik hanya selepas Umno hilang kuasa rupanya…


KLIK BACA: Wang dipinjam SRC dari dana pencen dibeku di Switzerland gara-gara 1MDB



Now You Know Dont Say Thank – Comment & Share




قالب وردپرس



#Politik #1mdb #Annuar #Billion #Parti #Pemimpin #Umno

Comments