Hokaloh News Updated: Pertandingan tiga penjuru PRK Sg Kandis - Berita Hokaloh News
https://hokaloh.news/berita-semasa/pertandingan-tiga-penjuru-prk-sg-kandis-berita-hokaloh-news/

SHAH ALAM: Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada 4 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PKR, BN dan Bebas.
Ia melibatkan calon PKR, pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh di Jalan Kebun di sini, Mohd Zawawi Ahmad Mughni; calon BN, anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas, pesara kerajaan K. Murthy.
Pegawai Pengurus PRK DUN Sungai Kandis, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad membuat pengumuman itu pada pukul 10.25 pagi di pusat penamaan calon di Dewan Besar Tanjung, Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 19 di sini, hari ini.
Ahmad Zaharin berkata pihaknya menerima borang pencalonan daripada calon PKR pada pukul 9.08 pagi, manakala daripada calon BN (9.09 pagi) dan calon Bebas (9.35 pagi).
Setelah menyemak kertas-kertas penamaan tersebut, saya berpuas hati tiada calon yang ditolak kertas penamaannya. Dengan ini saya mengumumkan bahawa calon-calon yang disahkan bertanding dalam Bahagian PRK DUN N49 Sungai Kandis adalah seperti berikut:
Datuk Lokman Nor Adam daripada BN, kedua K. Murthy daripada Bebas dan ketiga Mohd Zawawi Ahmad Mughni daripada PKR, katanya.– Hokaloh News

Artikel oleh Pemuda Penyebar Berita
#BeritaSemasa #Bahagian #Berita #Buddy #Dewan #Hari #Hokaloh #HokalohNews #Kandis #Kerajaan #News #Pegawai #Penjuru #Pertandingan #Pilihan #PocketNews #PRK #Raya #Sg #Tiga #Umno
Comments
Post a Comment