Lelaki penghidap kanser limfoma dijel 8 tahun, 6 sebatan buat seks luar tabii pada sepupu - Berita Terkini
KUALA LUMPUR 28 Jun – Seorang lelaki penghidap kanser limfoma tahap empat dihukum penjara lapan tahun dan sebatan enam kali oleh Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan seks luar tabii terhadap sepupu perempuanya yang berusia enam tahun, tahun lalu.
Hakim Azrul Darus menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh berusia 21 tahun mengaku salah melakukan kesemua perbuatan itu di dalam sebuah bilik di sebuah unit pangsapuri di Taman Pandan Mewah dekat sini kira-kira pukul 6 pagi, Ogos 2017.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa meliwat mangsa tanpa kerelaan iaitu kesalahan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja memasukkan jari ke dalam dubur mangsa sama yang didakwa mengikut Seksyen 377CA kanun sma yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.
Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan menyentuh dubur mangsa sama dengan zakarnya yang didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman seperti pertuduhan pertama.
Mahkamah memerintahkan tertuduh dihukum penjara lapan tahun bagi dan sebatan antara satu hingga tiga kali bagi setiap pertuduhan yang diperintah berjalan serentak – UTUSAN ONLINE
Comments
Post a Comment