HIBS, G3 jayakan program apresiasi penyu - Berita Terkini


KEMAMAN 28 Jun – Penyu, haiwan yang suatu ketika dulu cukup sinonim dengan pengenalan negeri ini namun ia semakin berdepan dengan kepupusan dan semakin jarang pula disebut kini.




Sempena Hari Penyu Sedunia baru-baru ini yang tidak begitu disedari umum, sebuah sekolah menengah swasta, Highlands International Boarding School (HIBS), Genting Highlands turut menyahut seruan ke arah  meningkatkan apresiasi terhadap alam sekitar dan pemuliharaan haiwan itu.


Dicetuskan oleh Jabatan Bahasa HIBS yang diketuai Indra Arumugam, usaha yang menarik penglibatan 40 pelajar dari pelbagai negara itu dijayakan bersama Generasi Hijau Genting (G3) di Resorts World Kijal (RWK).


Program turut dihadiri Naib Presiden Perhubungan Korporat dan Komunikasi Genting Malaysia Bhd. (GMB), Datuk Seri Kay Prakash dan Pengurus Besar  RWK, Julia Ter Siew Wha.


Program  yang ditaja oleh GMB di bawah tanggungjawab sosial korporatnya diisi dengan ceramah kesedaran di Santuari Penyu Ma’ Daerah dan penanaman telur di pantai RWK di samping gotong-royong membersihkan persekitaran pantai.


“Kegiatan dirangka dalam bentuk yang menggembirakan  pelajar walaupun bersifat mendidik, mereka juga didedahkan dengan usaha yang dilakukan oleh G3 bagi mengawal dan mengekalkan persekitaran dan hidupan yang mempunyai kaitan dengan corak perniagaan syarikat.


“Kami berbangga dan gembira untuk bersama dengan  HIBS untuk mendidik pelajarnya tentang koservasi penyu,” ujarnya Kay Praksah dalam satu kenyataan hari ini -UTUSAN ONLINE




قالب وردپرس

Comments