Sanchez mahu Lukaku raih Kasut Emas - Berita Terkini


Lukaku kini menjaringkan empat gol selepas beraksi dalam dua perlawanan

ALEXIS Sanchez mahu rakan sepasukannya di Manchester United Romelu Lukaku, memenangi Kasut Emas di Piala Dunia 2018.


Ketika ini, penyerang Belgium itu menjaringkan empat gol ketika berdepan Panama dan Tunisia.


Pemain berusia 25 tahun itu ketinggalan satu gol di belakang penyerang England Harry Kane (lima) dalam saingan Kasut Emas.


Sanchez, yang gagal membantu Chile layak ke Rusia 2018, berharap Lukaku mampu memintas Kane dan menamatkan kejohanan ini sebagai penjaring terbanyak.


“Lukaku beraksi dengan cemerlang berada pada tahap terbaik. Kini telah meledak empat gol.
“Saya berharap dia akan menjadi penjaring terbanyak saingan Piala Dunia kali ini,” katanya.


Belgium akan berdepan Jepun dalam aksi pusingan kalah mati di Rostov-on-Don, Selasa ini.


 



Komen anda




قالب وردپرس

Comments