Lemos kecewa pemain gagal pertahan gol pendahuluan - Berita Terkini


Kesebelasan utama pasukan Negeri Sembilan ketika turun bertemu TFC, malam semalam.

KETUA jurulatih Negeri Sembilan, Mario Lemos melahirkan kekecewaan apabila anak buahnya gagal mempertahankan jaringan pendahuluan mereka selepas tewas mengejut 2-3 ke atas Terengganu FC (TFC ) dalam aksi Liga Super, malam semalam.


Menurutnya, pemain bermula dengan baik, bagaimanapun kegagalan mereka dalam melaksanakan perancangan sebagaimana diterapkan menyebabkan skuad Hobin Jang Hobing gagal meraih sebarang mata pada perlawanan itu.


“Selepas menjaringkan gol kedua, saya lihat pemain hilang tumpuan dengan melakukan kesilapan demi kesilapan sehingga memberikan penalti kepada kem tuan rumah dan ia dilihat seolah-olah meragut semangat mereka untuk terus berjuang dalam mencari gol penyamaan.


“Saya tidak mahu menyalahkan nasib tetapi pemain gagal memanfaatkan beberapa peluang terhidang untuk mengubah kedudukan dan kami terpaksa menerima kekalahan ini walaupun hakikatnya agak sukar kerana inilah yang perlu dihadapi dalam bola sepak,” katanya.


Jadi kami seharusnya perlu menggandakan usaha menjelang pertemuan dengan PKNS FC 11 Julai depan bagi memastikan Negeri Sembilan terus kekal di persada Liga Super musim depan meskipun sedar bakal berdepan laluan sukar.


Skuad Hobin Jang Hobing kini berada di zon penyingkiran selepas Kelantan di tangga kedua tercorot liga dengan mengutip 12 mata selepas mengharungi 17 perlawanan.



Komen anda




قالب وردپرس

Comments