RMS pacu kegemilangan FAS - Berita Terkini


Agenda pembangunan akar umbi menjadi tumpuan utama RMS.

TANGGAL 3 Julai 2018 dinantikan seluruh rakyat Selangor khususnya peminat bola sepak The Red Giants apabila Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bakal diterajui Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan menyandang jawatan tersebut ke arah usaha melakukan anjakan paradigma dan perubahan menyeluruh dalam mengembalikan kegemilangan bola sepak Selangor.


Pembangunan bakat di peringkat akar umbi, Penstrukturan semula FAS dan kepentingan penyokong Merah Kuning antara beberapa perancangan utama yang bakal dilaksanakan Tengku Amir Shah bagi memastikan Gergasi Merah Kuning kembali disegani dan FAS terus mencipta kegemilangan.


Ikuti temubual Editor Sukan Sinar, Izahar Atan dan Wartawan, Subkhi Sudarji dan Jurufoto, Mohdd Izari Rosli yang berpeluang menemuramah Tengku Amir atau lebih dikenali dengan gelaran Raja Muda Selangor (RMS) dikediamannya di Istana Mestika, Shah Alam, baru-baru ini.


DETIK AWAL


Dua tahun sebelum ini, saya pernah ditawarkan untuk menjadi Presiden FAS, tetapi ketika itu saya tiada idea mengenai bola sepak dan biarlah saya mencari semangat dan keyakinan dahulu  mengenai bola sepak itu sendiri.


Tetapi selepas melihat sambutan dan pengharapan penyokong dan kehendak akar umbi yang mahukan saya menerajui FAS kini tibanya peranan ini digalas bagi memastikan Gergasi Merah Kuning kembali ke landasan sebenar untuk mencipta kegemilangan.


PENSTRUKTURAN SEMULA FAS


FAS perlu diperkemaskan semula untuk memastikan hala tuju d



Komen anda




قالب وردپرس

Comments